
Pengenalan Portal
Laman portal arkib ini menghimpun dan menyimpan dokumen serta bahan sejarah berkaitan gerakan kemanusiaan GPM bagi memastikan maklumat yang diakses, dipelihara dan dimanfaatkan oleh petugas serta masyarakat.

Sejarah Penubuhan Portal
Sempena dua dekad penubuhan GPM, laman portal arkib ini ditubuhkan pada 2021 sebagai pusat penyimpanan rasmi bagi mengumpul, menyusun, serta merujuk bahan sejarah berkaitan operasi GPM. Arkib ini mengandungi buku, brosur, poster, buletin, serta bahan bergambar yang ditempatkan dalam segmen galeri.

Visi
Menjadi pusat rujukan utama yang komprehensif mengenai sejarah gerakan kemanusiaan GPM bagi manfaat petugas dan masyarakat kini dan masa depan.

Misi
Mengumpul, mengurus, memelihara, dan menyebarkan dokumen serta maklumat gerakan kemanusiaan GPM secara sistematik dan berstruktur bagi memastikan akses rujukan yang tepat, mudah, dan berkesan.

Objektif
- Memastikan rekod dan maklumat kemanusiaan GPM dikekalkan sebagai rujukan utama untuk generasi kini dan akan datang.
- Menyediakan akses rujukan yang mudah dan sistematik kepada pengkaji serta masyarakat.
- Mengukuhkan usaha penyelidikan dan pendokumentasian bagi melengkapkan maklumat berkaitan kemanusiaan.

Fungsi
- Mengesan, mengumpul, menyimpan, dan memelihara rekod serta bahan maklumat kemanusiaan secara sistematik.
- Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada pengkaji serta masyarakat umum.
- Menjalankan penyelidikan dan pendokumentasian secara berterusan bagi memastikan maklumat yang lengkap dan terkini.
- Menyebarkan ilmu serta maklumat kemanusiaan kepada masyarakat melalui pelbagai platform.